“Aku benci abah sebab abah tak macam orang lain, abah aku miskin, aku malu sebab aku cacat dan tua”

Ini confession aku mengenai seorang lelaki yang aku kenal sepanjang hidup aku tapi aku tak pernah dapat memahami dia.

Abah aku tipikal abah abah kampung yang tidak berpelajaran tinggi

Abah berhenti sekolah ketika di darjah 6 kerana ayahnya (atok aku) meninggaI dunia dan dia kena tolong nenek untuk menyara keluarga.

Waktu tu pakcik cakap dia petik kopi dan ikut orang jual sayur dekat pasar. Adik beradik abah ramai, tapi mereka berjaya belajar sampai habis stpm, semua sebab abah utamakan pendidikan mereka. Dan sebab ini jugalah abah aku berkahwin pada usia yang agak lewat.

Abah aku bukanlah seorang yang jenis zahirkan rasa sayang. Masa aku kecil aku tak pernah ingat bila masanya abah pernah peIuk aku atau adik beradik yang lain, tapi kalau bab kena pukuI tu aku ingat la. Kena perambat keliling kampung sebab main dekat surau sampai maghrib pun pernah, haha.

Dia tak pernah duduk, bercakap tentang hidup atau diri dia dekat kami adik beradik. Heck, aku rasa dengan mak aku pun dia tak pernah buat macam tu. Dia seorang yang penyimpan. Semua dia simpan sendiri, tanggung sendiri. Kami cuma tengok abah dari sudut dekat tapi jauh.

Masa aku kecil, aku pernah cakap aku benci abah. Sebab abah tak macam orang lain. Abah tak penyayang, abah tak bagi aku benda – benda macam yang abah kawan aku bagi kat anak – anak diorang, abah aku miskin. Aku malu sebab abah aku c4cat dan tua.

Orang dah naik kereta kami masih naik moto buruk lagi. Bila abang dah habis sekolah, ada lesen kereta, baru mak beli kereta (pun secondhand sahaja). Dulu aku langsung tak terfikir yang kami tak ada kereta bukan sebab tak mampu tapi sebab takde siapa nak drive.

Mak aku bawa moto pun tak berani. Abang kakak aku beza umur 2-3 tahun je dari aku. Dan ayah aku kan 0ku fizikal (hilang sebeIah tangan). B0d0h kan aku? Hahaha. Aku membesar menjadi remaja yang member0ntak.

DipukuI, dim4ki abah tu satu routine bagi aku. Aku dah cakap kan yang abah pentingkan pendidikan? Dalam kalangan adik beradik aku, aku menunjukkan potensi yang agak memberangsangkan dalam bidang akademik berbanding yang lain. Jadi abah meletakkan harapan yang agak tinggi pada aku.

Jujurnya aku hanyalah pelajar yang biasa – biasa je. Tak study tapi tak pernah dapat C dalam mana – mana subjek. Kalau dapat C+ tu macam paling teruklah la orang cakap. Jadi ayah aku push aku untuk study hard. Aku tak suka jadi aku mula member0ntak.

Habis SPM dapat tawaran masuk ke matrikulasi di negeri lain tapi aku sorok dari pengetahuan keluarga aku sebab aku takut berpisah jauh dengan rumah. Tapi sepandai – pandai tupai melompat kan, kalau nak kant0i tu kant0i la jugak.

Makcik aku yang merupakan seorang pegawai pendidikan dapat tahu pasal tawaran tu sebab dia check online, dan bagitahu parents aku. Memang teruk aku kena balun. Akhirnya abah p4ksa aku masuk tingkatan 6. Kalau tak nak, nyah kau dari rumah ku ini! Bentak abah. Cewah.

Aku buat je per4ngai tak nak belajar aku sampai di form 6 tapi rezeki Allah, tuptup sampai juga ke peringkat ijazah dan master. Walaupun abah tak banyak terlibat dalam cara aku jalani hidup aku, tapi bab akademik ni dia memang tekankan habis – habis.

Dan sebenarnya bila aku dah masuk universiti lah aku baru kenal abah aku. Dia support aku dari segi kewangan dan em0tionally (indirectly la), aku tak pernah kelaparan di universiti, semua kelengkapan aku cukup, sampaikan kalau aku tak call minta duit, risau sungguh dia sampai suruh abang aku check aku ni okay ke tidak.

Bila aku baru mula nak berkerja, abah bagi aku sejumlah wang untuk mulakan hidup baru di tempat orang. Itu lah hari di mana abah aku peIuk aku dan ambil gambar dengan aku, sebab aku nak bekerja di negeri lain. Abah aku cakap dekat mak, anak pergi belajar, dia akan balik.

Tapi kalau anak pergi bekerja dekat luar, dah susah dia nak balik nanti. Masa partama kali aku dapat gaji dan aku bagi duit dekat abah, memang berubah air muka abah aku, macam speechless lah. Terus kembang d4da aku semangkuk sebab dapat bagi sesuatu pada abah walaupun tak sebanyak yang dia dah bagi pada aku.

Aku marah dekat diri aku sebab aku pernah malu yang kami terlihat miskin dulu. Aku marah diri aku sebab aku pernah malu dekat kekurangan abah. Walaupun aku tak dapat privilege atau kemewahan, tapi abah pastikan keluarga kami sentiasa cukup.

Kami ada semua keperluan asas, tak pernah berlapar, ada pakaian yang elok, ada tempat berteduh yang selesa, aku dapat education sampai ke peringkat tinggi dan semua tu abah lakukan dengan keadaan diri dia berkelainan upaya.

Abah aku seorang yang sangat rajin dan mengagumkan di mata aku sekarang. Bayangkan dia buat semua benda dengan hanya sebeIah tangan? Walhal ada orang muda di luar sana yang cukup sihat anggota tubuh badan pun pemalas, mengemis, sanggup hidup retak menanti beIah.

Bila aku dengar ada lelaki mengeluh penat bekerja, tak boleh angkat berat lah (kecuali memang ada masalah kesihatan), memang aku pangkah siap – siap. Abah aku 0KU boleh bertukang siapkan rumah, tak reti duduk diam ada saja bahagian rumah nak ditambak atau nak diperbaik, kenapa kau tak boleh?

Dengan satu tangan dia membancuh simen, menampal bata, kalau boleh semua dia nak buat sendiri. Aku pernah tak faham kenapa dia masih bersungguh nak cantikkan rumah sedangkan dulu kami elok je hidup di rumah kecil, sempurna apa adanya tapi satu hari aku sedar… mungkin ini cara abah untuk memuaskan diri dia.

Ye lah dulu anak – anak masih bersekolah, duit masih banyak nak digunakan. Sekarang semua dah bekerja, duit dia adalah hak milik dia jadi apa lagi, dia pun nak selesakan hidup dia dihari tua bersama isteri tercinta. Dan abah dah jadi penanda aras untuk aku dalam menilai lelaki, memang susah la jadinya, hahaha.

Sekarang aku mula pupuk dan tunjuk rasa sayang terhadap abah. Dulu kalau call, cakap dengan mak je. Sekarang sengaja aku call rumah masa mak aku pergi usrah mengaji, nanti abah akan terp4ksa berborak dengan aku.

Memang janggal mula – mula tapi dah lama – lama abah pun dah banyak berborak kalau aku call. Dulu aku balik terus peIuk mak je, tak peIuk abah, sekarang peIuk lah dua – dua bagi adil, hahaha.

Aku perasan abah ni bila dia dah tua ni m4kin sensitif, jadi kena jaga perasaan dia.

Taknak dah dia marah – marah macam muda – muda dulu. Aku doakan semoga ibu bapa aku sentiasa dalam lindungan Allah, dilembutkan hati dan diberikan kesihatan yang berpanjangan. Terima kasih buat mak yang tak pernah jemu memujuk aku supaya memahami abah, dan terima kasih abah, untuk semuanya dari hujung rambut sampai hujung kaki adik.

Walaupun tahun ni penuh dengan dugaan dan c4baran, aku berdoa semoga kita semua dilindungi dan dipermudahkan usaha untuk terus mencari rezeki untuk diri dan keluarga tersayang. Doakan aku berjaya hantar ibubapa aku menunaikan umrah tahun hadapan.

Pada awalnya plan pergi tahun ni, tapi kita manusia hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Terlalu panjang rasanya confession aku ni. Jadi aku tamatkan dengan satu benda yang aku belum lagi berjaya cakap dekat abah aku. “Adik sayang abah”. – Hannah (Bukan nama sebenar)