“Apa salah meniru?” – Individu Pertahan Sambal Nyet Ciplak Dihentam Netizen

Isu ciplak jenama Sambal Nyet milik pempengaruh Khairul Aming oleh seorang peniaga di platform e-dagang telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan pengguna.

Namun, ada juga individu yang menyebelahi peniaga tersebut dengan menyatakan bahawa tindakan itu tidak salah kerana dianggap hanya meniru dan bukannya menipu.

“Inilah perkara yang betul dibuat, dan sebenarnya cara yang dia buat ini adalah cara bagaimana banyak brand antarabangsa ditiru,” katanya di Facebook.

Menurut individu terbabit, perbuatan yang dilakukan oleh peniaga itu hanya memfokuskan kepada spilover jenama Khairul Aming.

“Jadi dia menipukah? Tak ada dia menipu. Orang salah beli sebab tak baca label betul-betul.”

Dia juga menekankan perbezaan antara melakukan perkara yang betul dengan melakukan perkara yang beretika.

“Jangan keliru dengan membuat perkara betul dengan membuat perkara beretika. Betul tidak semestinya beretika. Betul kerana apa yang dia buat, itu betul-betul buat duit. Tidak beretika, itu hal lain.”

Bagaimanapun, kenyataan yang dilontarkan individu terbabit telah dikritik kerana ramai yang menganggap pandangan itu sebagai sesuatu yang tidak masuk akal.

Malah, netizen menyangkal dakwaan individu itu berhubung jenama antarabangsa mengunakan cara tersebut dengan disertakan beberapa bukti berlaku kes saman-menyaman antara syarikat.

alahkah Buat Sambal Nyet Khairi (Atau Sambal Nyet Lain)?
Jawapannya tidak salah. Inilah perkara yang betul dibuat, dan sebenarnya cara yang dia buat ini adalah cara bagaimana banyak brand antarabangsa ditiru.
Tak percaya?
ASADI
ADIDAS
PENSONIC
PANASONIC
Dan banyak lagi, kita cuma tak perasan. Apa yang dibuat oleh Sambal Nyet Khairi ini betul-betul fokus kepada spilover brand khairul aming.
Kalau ingat, colgate selalu letak amaran dalam iklannya.
“BACA LABEL SEBELUM BELI”
Jadi dia menipukah? Tak ada dia menipu. Orang salah beli sebab tak baca label betul-betul.
Jangan keliru dengan membuat perkara betul dengan membuat perkara beretika. Betul tidak semestinya beretika. Betul kerana apa yang dia buat, itu betul-betul buat duit. Tidak beretika, itu hal lain.
Bayangkan kalau sambalnya itu, sama sedap atau lebih sedap dari sambal asli. Namanya terus naik.
Pengajaran dari perkara ini ialah, “go to hell with originality”. Apa salah meniru? Kita semua belajar dengan meniru. Kononlah idea kita “authentic” atau asli sangat. Padahal bisnes kita pun banyak cedok sana dan cedok sini.
Kalau dia cakap itu sambal Khairul Aming, itu salah.
Tapi dia cakap itu bukan sambal Khairul Aming.
Siap bagi nota terima kasih lagi.
Tak salahlah meniru, yang salah menipu.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *