Duda bawa anak dicekup berkhalwat dengan ibu tunggal anak 5, Ini Alasannya

Kulim: Duda anak satu dicekup berkhalwat dengan janda anak lima di bilik sebuah motel di sini sempena Tahun Baru 2024, hari ini.

Ketika dicekup pada 1.15 pagi itu, seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun disyaki anak lelaki berkenaan turut berada di dalam bilik motel berkenaan.

Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifudin Mat Saad berkata, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, lelaki itu membuka pintu bilik berkenaan dan membenarkan pihaknya menjalankan pemeriksaan.

Beliau berkata, berdasarkan pemeriksaan di dalam bilik motel itu, lelaki berusia 40 tahun itu bersama anak lelakinya berada di dalam bilik itu dengan seorang wanita.

“Lelaki yang juga pekerja kedai makan itu memberi alasan hanya datang menghantar makanan kepada wanita berusia 32 tahun itu.

“Bagaimanapun, soal siasat mendapati, wanita yang tidak bekerja itu sudah seminggu tinggal di bilik motel berkenaan yang dibayar lelaki berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Anwar Sharifudin berkata, pasangan itu mendakwa berkenalan di kedai makan, tempat lelaki itu bekerja.

Beliau berkata, pemeriksaan juga mendapati, mereka tidak memiliki sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri dan disyaki berkhalwat.

“Lelaki yang berasal dari Serdang, Bandar Baharu itu dan pasangannya yang berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu, ditahan kerana disyaki berkhalwat,” katanya.

Sementara itu, dalam tangkapan berasingan di sebuah bilik hotel di Taman Melawis di sini, 2.06 pagi tadi, pihaknya menahan seorang lelaki yang juga penjawat awam dengan pasangannya yang bekerja di sebuah kilang di Pulau Pinang.

Anwar Sharifudin berkata, lelaki yang beralamat tempat kerjanya di Kuala Lumpur itu mendakwa berkenalan dengan pasangannya yang berasal dari daerah ini melalui media sosial, sejak lebih sebulan lalu.

“Mereka memberi alasan hanya datang berehat di hotel itu selepas menyaksikan pertunjukan bunga api di Pulau Pinang.

Anwar Sharifudin berkata, kedua-dua pasangan itu kemudian dibawa ke Balai Polis Kulim untuk dibuat laporan tangkapan dan kes disiasat mengikut Seksyen 25 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat.

14 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *