Fathia Latiff Dakwa Suami Heliza Helmi Penipu, Ini Respon Datuk Seri Mahadi

Fathia Latiff bikin panas lagi! Dakwa suami Heliza Helmi gagal siapkan rumah, dah 5 tahun terpaksa bayar ansuran

BELUM reda perselisihan faham dengan beberapa rakan artis, pelakon Fathia Latiff sekali lagi mencipta kontroveri apabila menuduh suami kepada Datin Seri Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Datuk Seri Mahadi Zaman sebagai penipu.

Kata Fathia atau Nur Fatiya Abdul Latiff, 36, mendakwa dia berasa tertipu selepas syarikat milik Mahadi gagal menyiapkan rumah yang dibelinya sejak lima tahun lalu.

Malah Fathia mendakwa dia perlu membayar ansuran bulanan sebanyak RM5,000 namun premis yang dijanjikan siap tahun lalu masih lagi tidak nampak bayang.

Saya boleh sahaja nak jemput dia sekarang untuk bersembang. Saya mahukan rumah saya. Kalau tidak siap juga saya mahu buat tuntutan lain.

“Dah lima tahun saya bayar RM2,000 setiap bulan,” katanya.

Fathia berkongsi perkara itu ketika sesi siaran langsung di laman Instagram miliknya pada Isnin.

Dia kini yang sedang bercuti di Osaka, Jepun juga menegaskan enggan mahu pulang selagi belum mendapatkan sebarang jawapan dari pihak berkenaan.

“Saya nak duduk sini (Jepun) terus dan tak mahu balik. Kalau ada rumah baru saya balik.

“Saya tidak mahu lawan kes ini. Saya hanya mahukan rumah saya.

“Mereka telah langgar konrak. Janji nak siap tahun 2022, kemudian sekali lagi berkata begitu pada 2023 namun sehingga sekarang rumah itu masih belum siap,” katanya membuat tuduhan itu.

Fathia juga mendakwa perbincangan telah dilakukan dengan pihak berkenaan beberapa kali namun jawapan yang diterima masih sama.

Sejak seminggu lalu nama Fathia menjadi bualan hangat apabila dia kerap berkongsi luahan dan pendapat di sosial media yang mengundang kontroversi.

Selain menyamakan pelakon Zahirah MacWilson sebagai pembantu rumah, dia turut mendedahkan keburukan Zarina Anjoulie di laman sosial.

Dalam pada itu pihak mStar berusaha untuk mendapatkan Heliza Helmi bagi menjelaskan tuduhan yang dibuat terhadap suaminya itu.

“Apa dia merepek tu?” – Tak pernah kenal atau jumpa Fathia Latiff, syarikat suami Heliza Helmi tiada perniagaan hartanah

“Saya juga sudah semak dengan pengurusan syarikat. Memang tiada sebarang rekod urusan perniagaan dengan dia.

“Apa yang dia merepek tu? Saya pelik dengan segala dakwaan dia itu,” katanya ketika dihubungi mStar.

Mahadi yang juga merupakan suami kepada ativitis Datin Seri Heliza Helmi tampil memberi kenyataan itu selepas heboh namanya menjadi sebutan.

Tambah Mahadi dia juga enggan mengulas lanjut tentang isu dibangkitkan kerana dia dan Fathia tidak pernah mempunyai sebarang urusan.

Malah dakwaan Fathia membayar wang berjumlah RM2,000 setiap bulan juga adalah tidak benar.

“Saya tidak boleh nak bercakap tentang hal ini. Sebab memang saya tidak kenal dia.

Tak perlu saya nak berbincang dengan dia. Kalau dia nak jumpa, terus berurusan dengan peguam saya

“Pernigaan milik saya tidak pernah menjanjikan untuk memberi dia rumah. Kami juga tidak menerima sebarang transaksi RM2,000 seperti yang dikatakan,” tegasnya.

Sementara itu, Mahadi juga tidak berhasrat untuk bertemu aktres berkenaan dan segala urusan lanjut diserahkan kepada pihak peguam.

“Kenapa saya perlu berjumpa dia? Tak perlu saya nak berbincang dengan dia. Kalau dia nak jumpa, terus berurusan dengan peguam saya.

“Saya pun serahkan kepada peguam untuk tindakan lanjut berkaitan isu ini,” jelasnya.

Fathia menerusi sesi siaran langsung di Instagram miliknya mendakwa Mahadi sebagai penipu dalam urusan pembelian rumah.

Menurutnya rumah tersebut masih belum disiapkan selepas lima tahun mereka berurusan dan terpaksa membayar ansuran sebanyak RM2,000 setiap bulan.