(Gambar) Gempar Pengunjung jumpa may4t tanpa kep4la terdampar di pantai

MAY4T tanpa kepala ditemukan terdampar di pesisiran Pantai Rantau Abang, Dungun, Terengganu pada pukul 5.15 petang Sabtu.

Menurut Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir, m4yat yang masih tidak diketahui identiti terbabit sudah mereput selain pakaiannya koyak sewaktu ditemukan pengunjung.

“Fizikal may4t itu yang sudah mereput menyukarkan kita tentukan identiti dan lingkungan umurnya, namun kita percaya ia dihanyutkan arus serta dipukul ombak sebelum terdampar.

“Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga dimohon tampil untuk membantu siasatan dan pengecaman,” katanya.

Susulan kejadian, mayat tersebut, dipercayai lelaki, dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.

Tambah Maizura, siasatan terperinci akan dilakukan bagi mengenal pasti sama ada wujud unsur jenayah atau sebaliknya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *