(Gempar) Misteri! Penduduk terkejut ada tangan terjulur keluar dari dalam tanah

HASRAT untuk pergi memancing bertukar ngeri kepada pemuda ini.

Dalam kejadian merinding bulu roma di sebuah kampung di Tanah Laut, wilayah Kalimantan Selatan, Indonesia, seorang penduduk menemukan tangan terjulur keluar dari dalam tanah.

Dalam insiden yang dikatakan berlaku pada 4 Januari lalu, tangan itu ternyata adalah milik mayat seorang lelaki.

Pemuda yang dikenali sebagai Awi itu berkata apabila dia melihat dengan lebih dekat, mayat terbabit hanya tertimbus separuh badan di dalam tanah.

“Mayat ini adalah mayat seorang lelaki. Saya segera panggil penduduk yang lain untuk bincang apa yang kami patut lakukan,” kata Awi yang mempunyai hobi memancing.

Setibanya pihak berkuasa di tempat kejadian, Ketua Polis Kintap, Inspektor M. Baysori memeriksa lokasi mayat itu yang terletak tidak jauh dari jalan raya.

“Identiti mayat itu juga masih belum dapat dikenal pasti.

“Tiada juga laporan diterima daripada penduduk setempat mengenai kehilangan ahli keluarga masing-masing,” katanya.

Siasatan sedang dijalankan dan keterangan akan dikumpul daripada penduduk setempat untuk mencari petunjuk mengenai penemuan mayat lelaki itu. – Poros Kalimantan

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *