‘Gig0lo’ tempatan ditahan rak4m dan ju4l puluhan klip vid3o s3ks bersama 20 wanita

Polis membongkar kes jenayah s3ksual yang pertama seumpamanya di negara ini apabila menahan seorang ‘gigolo’ tempatan kerana merakam dan menjual puluhan klip video aksi luc4h beliau bersama lebih 20 wanita, termasuk mereka yang mengupahnya untuk khidmat s3ks.

Siasatan polis mendapati klip video berkenaan dilanggan oleh lebih 2,600 warga tempatan yang membayar antara RM20 dan RM100 sebulan sebagai yuran untuk menontonnya dalam talian.

“Semua pelanggan aplikasi itu adalah daripada golongan lelaki gersang dan wanita kesunyian yang memiliki kerjaya dalam bidang profesional seperti doktor, usahawan dan s3ktor korporat,” kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Suspek berusia 31 tahun itu menjual video itu di media sosial sejak Julai lalu sebelum dicekup di sebuah rumah di Janda Baik, Pahang oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, pada jam 2.30 petang semalam.

Dalam serbuan sama polis juga menahan dua teman wanita suspek, masing-masing berusia 23 dan 27 tahun, yang turut terlibat dalam aksi s3ks video yang dijual kepada orang ramai.

Bapa suspek terbabit antara yang turut menginap rumah itu.

Datuk Seri Mohd Shuhaily berkata suspek lelaki itu dikesan melalui maklumat dan hasil risikan JSJ Bukit Aman.

“Siasatan awal mendapati suspek utama yang pernah dua kali berkahwin dan bercerai memulakan aktiviti menjual dan mempromosikan ubat kuat s3ks dari China menerusi platform media sosial sejak awal tahun lalu.

“Namun untuk mengaut keuntungan lebih tinggi, suspek kemudian mempelajari cara merakam video luc4h bersama teman wanitanya sebelum menjual klip video adegan berkenaan dalam tiga saluran media sosial sejak Julai tahun lalu”.

“Tidak hanya teman wanitanya, suspek juga yang disyaki mempunyai latar belakang seorang gigolo (diupah untuk khidmat s3ks. Siasatan mendapati beliau merakam aksi s3ksnya meniduri se3kumpulan wanita yang dikenalinya menerusi media sosial untuk dijual,” katanya

Datuk Seri Mohd Shuhaily berkata setelah pembayaran dibuat oleh pelanggan untuk menonton klip video itu, suspek akan menghantar pautan kepada pelanggan untuk menonton video luc4h yang dirakamkan itu.

“Pada masa ini suspek dan dua teman wanitanya yang ditahan turut dikesan melakonkan aksi luc4h dalam video s3ks yang dijual. Selain itu, kami berusaha mengesan wanita lain yang turut terbabit dalam puluhan rakaman video yang dikesan,” kata Datuk Seri Mohd Shuhaily.

“Polis menemui kesemua aksi rakaman suspek melalui rampasan lima telefon bimbit milik suspek dan dua teman wanitanya selain dua kad ATM yang digunakan sebagai akaun langganan,” katanya.

Pagi tadi, suspek bersama dua teman wanitanya direman selama lima hari oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Kes disiasat mengikut S3ksyen 372 (1)(e) Kanun Kes3ksaan atas kesalahan mempromosi aktiviti s3ks untuk mendapatkan keuntungan dan boleh dihukum penjara selama 19 tahun, sebatan dan denda s3kiranya disabitkan kesalahan.

 

Siasatan juga dijalankan mengikut S3ksyen 292 Kanun Kes3ksaan atas kesalahan memiliki bahan luc4h yang boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun serta S3ksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 atas kesalahan menyalahgunakan kemudahan rangkaian telekomunikasi.

Datuk Seri Mohd Shuhaily berkata kes itu pertama kali dikesan berlaku di negara ini dan harus dibanteras secara besar-besaran kerana dikhuatiri boleh merosakkan akhlak dan menyebabkan keruntuhan moral dalam kalangan masyarakat.