Kilang kicap jenama terkenal rakyat Malaysia kantoi guna najis tikus

Daun-daun kering serta bulu burung antara objek yang ditemukan di dalam tong perapan kacang soya di sebuah kilang pemprosesan kicap di Bagan Lebai Tahir

Mereka yang sudah beroperasi sejak 50 tahun lalu semasa ‘Ops Bersih’ yang dijalankan Jabatan Kesihatan Pulau Pinang (JKN), semalam.

Tikus Berkeliaran Dan Tauhu Bersepah, Kilang Pembuatan Makanan Di Seberang Perai Diarah Tutup

Menurut laporan Astro Awani, pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Pulau Pinang, Mohd Wazir Khalid berkata semasa pemeriksaan dijalankan,

mereka mendapati bekas tong kicap gentian kaca yang tidak bersih dan berkulat telah digunakan oleh pengusaha kilang.

Kilang kicap dan roti kotor

Ada juga ranting kayu daun dan bulu binatang dan tidak mustahil najis burung (jatuh) berlaku pada proses pemerapan tesebut.

Selain itu, di pemeriksaan kilang roti bertempat di Raja Uda pula, pihaknya menemui najis tikus bertaburan di lantai dan bekas pembakar roti yang sudah lama tidak dipakai.

Kilang roti ini sudah beroperasi sejak enam tahun lalu. Kita risau, terdapat najis tikus terlalu banyak dan masih basah lagi (baru).

Oleh kerana terlalu kotor dan boleh menjejaskan kesihatan orang ramai, JKN mengarahkan kedua-dua premis itu ditutup selama 14 hari

mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983, Peraturan-peraturan Makanan 1985 dan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009. Sumber: Gemilang