Sarjan Mejar samseng di khalayak awam, Ini nasib Terkini Beliau

Johor Bahru : Sarjan mejar polis yang didakwa melakukan kekerasan terhadap lelaki di tempat awam sudah dipindahkan sementara menunggu siasatan.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, anggota bertanggungjawab ke atas balai polis Sri Gading itu ditukar ke unit lain dalam Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat.

Katanya, unit berkenaan tidak memerlukan anggota itu berurusan dengan orang awam.

“Ini adalah langkah sementara yang kami ambil. Tindakan sewajarnya akan dikenakan jika siasatan membuktikan pembabitannya (dalam kes itu),” katanya ketika dihubungi New Straits Times semalam.

Media sebelum ini melaporkan polis menyiasat video tular individu dipercayai sarjan mejar polis yang didakwa melakukan kekerasan terhadap lelaki di tempat awam.

Kamarul Zaman berkata, tindakan mengikut undang-undang akan diambil terhadap pihak berkaitan tanpa kompromi.

Beliau turut dilapor menggesa saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan.

-Harian Metro

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *