Sejarah negara, solat subuh terpaksa dibuat dua sesi dalam masjid yang sama

Satu fenomena yang menggembirakan berlaku di Malaysia ketika ini di mana orang ramai dengan sukarela

Mereka memenuhi masjid untuk melaksanakan ibadah solat secara berjemaah semasa waktu Subuh.

Peristiwa menarik yang berlaku baru-baru ini adalah di Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru,

Masjid menerima lebih daripada 12,000 jemaah dalam program Semarak Subuh Johor.

Berita ini telah disampaikan oleh masjid tersebut melalui satu hantaran di halaman Facebook. Kehadiran jemaah yang begitu ramai telah menyaksikan solat Subuh di masjid tersebut terpaksa dijalankan dalam dua sesi.

Menurut pihak pengurusan masjid, situasi ini merupakan kali pertama berlaku sepanjang sejarah penubuhan masjid tersebut.

“Ini adalah kali pertama solat Subuh dilaksanakan dalam dua sesi sejak penubuhan masjid ini kerana kehadiran jemaah yang luar biasa ramai,” kenyataan dalam hantaran itu menyebut.

Pengurusan masjid juga menyatakan kesyukuran mereka atas sambutan luar biasa daripada orang ramai.

Pada masa yang sama, Masjid Sultan Iskandar juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

“Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada jemaah yang hadir, penyumbang-penyumbang, dan sahabat-sahabat pempengaruh yang menjadi antara pendorong program ini.”

“Selain daripada orang ramai, program Semarak Subuh Johor juga dihadiri oleh beberapa pemimpin negeri termasuk Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi, dan Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani.

Turut hadir adalah Exco Agama Johor Tuan Haji Mohd Fared Mohd Khalid, Datuk Bandar Johor Bahru Dato’ Noorazam Dato’ Osman, Exco Kesihatan Melaka Dr. Muhamad Akmal Saleh dan dif-dif terhormat yang lain.

Pada akhir hantaran, Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato’ Onn berharap agar usaha untuk menyuburkan amalan solat Subuh berjemaah di masjid mendapat keredaan Allah S.W.T.

“Mudah-mudahan, segala usaha kita diberkati Allah. Semoga kita semua istiqamah dalam menunaikan solat berjemaah di masjid.”

Berdasarkan gambar yang dikongsikan, jemaah yang sedia ada sudah melimpahi hingga ke kawasan luar masjid. Jadi, tidaklah menghairankan jika mereka terpaksa melaksanakan dua sesi untuk memenuhi kewajiban semua.

Majoriti netizen menunjukkan reaksi yang positif terhadap inisiatif ini serta berharap agar ia dapat diteruskan untuk minggu-minggu berikutnya.