Seorang Gadis p4rah, selepas dih3mpuk, ter4j4ng guna meja seterika dan kerusi oleh Bapa

POLIS menahan seorang lelaki berusia 47 tahun kerana didakwa memukul dan menendang anak perempuannya sehingga cedera parah dalam kejadian di Kampung Kendong Baru, Rembau, Negeri Sembilan.

Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad, mangsa berusia 17 tahun dan masih belajar dikejarkan ke Hospital Tampin selepas ditendang di bahagian perut serta dipukul menggunakan kerusi, raga menyimpan pakaian dan besi meja seterika.

Kata Hazri, pihaknya menerima laporan serangan daripada orang awam menyatakan mangsa dipukul bapa sendiri kira-kira pukul 12.15 tengah malam pada Rabu.

“Mangsa ditendang oleh suspek di perut dan turut mengalami luka di muka menyebakan dia menerima 12 jahitan. Dia turut mengalami kecederaan di tangan dan bahu kanan,” katanya.

Jelasnya lagi, suspek ditahan pada hari sama, dengan semakan menunjukkan dia mempunyai tujuh rekod jenayah lampau, termasuk kesalahan dadah.

“Suspek telah ditangkap dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau untuk siasatan lanjut.

“Dipercayai suspek mabuk ketika melakukan serangan. Polis akan meminta reman empat hari ke atas suspek,” katanya lagi.

Serangan itu turut dirakam oleh teman wanita suspek tetapi dia telah meninggalkan tempat kejadian apabila polis tiba.

Usaha mengesan barangan yang digunakan semasa serangan dan saksi yang dapat membantu siasatan sedang dijalankan.

Video serangan menunjukkan suspek memukul seorang gadis tular setelah dimuat naik di media sosial.