“Takkanlah Saya Nak Letak Kepala Di Bahu Lelaki Bukan Mahram” – Puteri Sarah Liyana

Pelakon Puteri Sarah menafikan dakwaan dia meletakkan kepala di bahu aktor Indonesia, Andi Arsyil ketika sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini.

Memetik Harian Metro, Puteri Sarah berkata dia masih tahu menjaga batas dan tidak akan melakukan perkara yang akan mencalarkan namanya.

“Saya hanya berpaling ke arah Andi. Saya tidak letakkan kepala dibahunya. Janganlah asyik nak cari salah saja. Boleh fikir secara logik takkanlah saya nak letakkan kepala di bahu lelaki yang bukan mahram, lebih-lebih lagi ketika siaran langsung,” katanya

Menurut Puteri Sarah lagi, ramai netizen seolah mencari kesalahan sehingga ada yang meninggalkan komen negatif ketika dia bersiaran langsung.

“Saya tahu ramai yang ingin mencari silap saya. Ada saja yang tak kena di mata mereka. Malah ada juga yang sengaja meninggalkan komen jahat ketika siaran langsung saya bersama Andi baru-baru ini. Tak bolehkah mereka hidup dengan tenang?,” katanya.

Mengulas mengenai tindakan spontan Andi ketika siaran langsung itu, Puteri Sarah berkata Andi selalu menasihatinya supaya tidak menyimpan dendam serta memaafkan mereka yang menyakitinya.

“Andi selalu menjadi pendengar terbaik setiap kali saya tertekan atau murung dengan fitnah atau komen jahat orang luar. Apabila saya bercerita dia selalu nasihatkan saya supaya jangan ambil peduli dan tidak menyimpan dengan mereka.

“Malah dia selalu minta saya memaafkan pihak-pihak yang pernah menyakiti saya supaya hati saya lebih tenang dan positif. Alhamdulillah saya dikelilingi dengan insan yang baik dan dia salah seorang individu itu,” katanya.

7 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *