(Terkini) 90 gambar, 3 video berunsur luc4h dalam telefon Ebit Lew… 17 foto kem4luan lelaki juga ditemui

SAKSI kelapan perbicaraan kes Ebit Lew memberitahu dia menemui 90 gambar serta tiga video berunsur lucah di dalam telefon bimbit yang didaftarkan atas nama personaliti dakwah serta aktivis berkenaan.

Perkara itu dimaklumkan saksi yang juga Juruanalisis Unit Siasatan Jenayah Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Inspektor Yip Chang Ching ketika dia tampil di Mahkamah Tenom, Sabah pada Rabu.

Dalam sesi itu, Chang Ching diminta memberitahu mahkamah hasil analisis yang dilakukannya ke atas pemacu kilat yang mengandungi fail yang diekstrak daripada telefon bimbit berkenaan.

Jelas saksi kelapan itu, peranti berkenaan juga didaftarkan atau digunakan oleh individu yang mendaftar masuk menggunakan e-mel ebitlew@gmail.com berserta dua nombor telefon.

“Dalam telefon bimbit ini saya menemui 90 gambar dan tiga video disyaki berunsur seksual seperti gambar menampakkan kemaluan lelaki, buah dada perempuan dan lain-lain,” katanya.

Selain itu, saksi berkata terdapat 17 keping gambar kemaluan lelaki yang ditemui daripada 90 gambar tersebut.

Dia juga diminta menjelaskan tentang fail kedua iaitu laporan analisis terhadap telefon bimbit Samsung dan kandungan laporan itu berdasarkan carian kata kunci terhadap nombor telefon Ebit dan pengadu.

Namun Chang Ching berkata tiada sebarang mesej atau media seperti dokumen, pautan dan gambar yang dijumpai.

“Terdapat dua panggilan keluar yang dijawab dan selama 136 saat dan 1,346 saat pada tarikh 1 Mei 2021 pukul 7.28 pagi dan pada tarikh 20 Mei 2021 pukul 7.50 pagi.

“Kemungkinan tiada mesej perbualan bermaksud telah dipadam dan tiada sandaran (backup) dalam telefon bimbit itu.

“Oleh itu, data yang dikeluarkan didapati tidak menjumpai sebarang mesej perbualan antara kedua-dua telefon tersebut,” ujarnya.

Untuk rekod, Ebit berhadapan dengan 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *