(Video) Lelaki menggelupur disimbah air menggelegak selepas ‘prank’ rakan wanita di parti

GARA-GARA kelakukan ‘prank’, seorang lelaki melecur teruk di bahagian muka selepas disimbah dengan air panas mendidih di sebuah parti.

Menerusi video tular, lelaki warga Rusia itu pada awalnya membaling ‘smoke bomb’ atau bom asap ketika wanita itu sedang memasak di dapur.

Berang dengan ‘gangguan’ yang dialami, wanita berkenaan yang juga tuan rumah membawa bekas berisi air mendidih dan terus menyimbah ke wajah lelaki berkenaan.

Susulan tindakan balasnya itu, lelaki berkenaan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Difahamkan, wanita terbabit bakal menghadapi pertuduhan jenayah. – NDTV

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *