(Video) Zarina Anjoulie pernah ‘Tut’ dengan Ismail Izani dakwa Fatiya Latif

Pendedahan pelakon Fatiya Latiff mengejutkan ramai apabila mendakwa Zarina Anjoulie pernah melakukan ‘sesuatu’ bersama penyanyi Ismail Izzani.

Memetik Xtra, menerusi video dikongsikan oleh Fatiya, dia tidak takut untuk mendedahkan sesuatu yang besar serta mendakwa gigi taring Zarina adalah palsu.

Sementara itu, Fatiya turut mengatakan Zarina yang masuk campur dalam urusannya sedangkan tidak tahu situasi sebenar dengan Zahirah.

@xtra_my Replying to @Zeroblack159 Takk pasal-pasal orang lain pun terpalit 😬 ghisau pulak makin banyak nama yang dipetik nanti 🫣 #fyp #xtramy #fathialatif #dedah #anju #sesuatu #buat #ismailizzani #beritaditiktok #sembangentertainment ♬ original sound – XTRA

“Kau (Zarina) cakap apa? Aku tak boleh tahan kalau nanti kau balas dekat aku? Macam bodoh perangai kau. Dah la kau pernah ‘tut’ dengan Ismail Izzani.

“Aku cakap benda betul dan aku tak takut langsung benda yang benar. Apa lagi kau buat? Dengan gigi taring palsu kau, tiba-tiba nak cakap aku hati busuk.

“Siapa yang hati busuk? Siapa yang bercakap fasal siapa dulu? Siapa yang masuk campur? Kau pun tak tahu apa situasi aku dengan Zahirah, tak tanya pun dekat aku, lepas itu nak keluarkan kenyataan,” katanya.

Bagaimanapun, difahamkan hantara tersebut sudah pun dipadam di Insta Story miliknya selepas beberapa jam ianya dimuat naik.

Terdahulu, hangat diperkatakan apabila Fatiya mengutuk Zahirah MacWilson serta mengatakan wajah aktres itu seperti bibik baginya sekaligus dikecam teruk oleh netizen.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *