(Viral) Sarjan didakwa r0g0l budak 16 Tahun

PARIT: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun mendakwa menjadi mangsa rogol anggota polis berpangkat sarjan dalam dua kejadian berasingan di Seri Iskandar pada Julai dan Oktober tahun lalu.

Menurut sumber, perbuatan terkutuk itu berlaku di dalam kereta di hadapan balai polis dan di kawasan tempat letak kereta di hadapan sebuah pasar raya di sini.

Menurut beliau, kejadian itu terbongkar selepas remaja terbabit memberitahu ibunya berkaitan kejadian berkenaan baru-baru ini.

“Kita telah pun merakam percakapan mangsa untuk siasatan lanjut. Suspek juga dikenal pasti di mana kita merampas telefon bimbit milik mangsa dan suspek,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah ketika dihubungi mengesahkan, laporan berkaitan kes itu diterima pada 20 Januari lalu.

Katanya, pihaknya sedang menunggu laporan perubatan mangsa untuk siasatan lanjut.

“Hasil pemeriksaan awal perubatan mendapati tiada kecederaan luaran pada mangsa. Setakat ini tiada tangkapan dibuat membabitkan suspek. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN.